Wednesday, January 26, 2011
Debat @ Diskusi @ Wacana Mohd Azahar Ibrahim dengan Normala Sudirman
KUMPULAN BLOGGER-BLOGGER INDEPENDENT (KUBIT)
Independent Bloggers Group
Independent Bloggers Group
____________________________________________________________________________________
27 Januari, 2011
HEBAHAN MEDIA (MEDIA RELEASE)
Assalamualaikum Wrm. Wbt.,
Salam 1 Malaysia
Sebelum itu ingin kami memperkenalkan bahaa kami adalah merupakan bloger-blogger yang bergerak secara independent dibawah nama Kumpulan Blogger-Blogger Independent (Independent Bloggers Group) atau ringkasnya ikenali dengan nama KUBID.
Kami berada disini bagi mewakili rakan-rakan blogger KUBID yang kini telah dianggotai lebih dari 50 orang bloggers seluruh Malaysia. Kami mendokong misi dan visi yang menjurus kepada politk berpengetahuan untuk semua.
Sangat Mengecewakan. Itulah kata-kata yang mampu diucapkan setelah melihat kempen-kempen yang dijalankan terutamanya kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang tidak seperti yang diharapkan.
Disepanjang 5 hari, dan didalam tempoh itu dapat dikatakan bahawa kempen-kempen yang dibawakan lebih mengarah untuk populis, dan kempen-kempen yang dijalan lebih mengarah dan bersifat kosmetik, sebagai alat untuk mengaburi pengundi-pengundi kepada isu sebenar yang sedang berlegar di Tenang.
Sedangkan isu-isu sebenar lagi hidup itu terus menekan pengundi-pengundi di DUN Tenang ini. Dan kami sangat merasakan bahawa disepanjang kempen itu berlangsung, banyak perkara seperti cuba disembunyikan dan ditenggelamkan dari pengetahuan khalayak khususnya kepada pengetahuan pengundi-pengundi.
Kami sangat mempersoalkan tentang kewibawaan dan intergiriti calon-calon yang bertanding.
Dimanakah letak kewibawaan calon itu sekiranya kempen-kempen yang dijalankan lebih kepada menjurus menyerang peribadi antara satu sama lain. Dimana etika dan moralnya.
mahupun PAS sekiranya agenda kempen yang dilaksana lebih menjurus kepada hilangnya nilai moral yang secara tidak langsung menjatuhkan nilai dan kredibiliti calon itu sendiri. Soalannya mengapa ?
Telah dimaklumi bahawa kepimpinan yang baik akan membawa hala tuju untuk kebaikan rakyat dan negara dimasa hadapan.
Kewajaran untuk memilih pemimpin yang bersih yang telus, yang tinggi intergriti dan wibawanya dimata rakyat adalah cita-cita murni yg diharapkan oleh rakyat, dan kita sangat menentang dan menolak budaya bobrok dan jelek kepada pemimpin yang hilang etika dan nilai moralnya seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Isu Pengangguran di kalangan kaum India.
Isu pengangguran yang tinggi dikalangan rakyat ditenggelamkan terus dari agenda kempen dan penyelesaiannya. Ini disebut apabila kami merujuk kepada isu pengangguran yang tinggi dikalangan generasi muda india begitu membimbangkan. Mengapa isu ini langsung tidak dibawa oleh MIC dan BN ? Dari laporan yang dikeluarkan kelmarin dari portal berita maya telah menyiarkan bagaimana generasi muda India di Tenang begitu tertekan dengan janji yang dibuat oleh pemimpin BN sebelum ini tetapi hakikatnya ia hanya janji kosong belaka.
Lebih mendukacitakan apabila sebilangan pemimpin India khususnya MIC yang berjanji untuk membantu golongan muda india dalam soal pekerjaan, ditipu dan dibohongi, dan ia melibatkan bilangan yang bukan sedikit di sini khususnya di estet2 seperti di estet Labis Utara contohnya dan golongan ini sekarang terus menganggur. Sedangkan itulah isu yang mesti dicari solusi dan penyelesaiannya bagi kebaikan rakyat serta dimaklumkan kepada pengundi di sini. Bukan sekadar 'menanam tebu dibibir' pada disetiap adanya pilihanraya.
Isu keruntuhan akhlak remaja yang semakin membimbangkan di Felda
Sehingga hari ini masih terdapat berbagai-bagai masalah yang terus membelenggu golongan peneroka Felda khususnya berkaitan soal keruntuhan akhlak remaja di Felda malah Felda dilihat terus gagal menyediakan penempatan bagi generasi kedua Felda selain kegagalannya membendung masalah gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang semakin membimbangkan.
Kempen-kempen yang bersifat kosmetik ini telah diadun dengan baik bagi menenggelamkan isu-isu besar yang berlaku di Felda sebagaimana yang disebutkan sebahagiannya di sini.
Kami menimbulkannya kerana disini wujudnya 3 Tanah Rancangan FELDA iaitu Felda Tenang, FELDA Cempelak dan FELDA Cempelak Barat.
Maka disini, bersama hasrat kami, yang mendokong hasrat rakyat mempelawa dengan kerendahan hati dan jiwa kepada kedua-dua calon yang bertanding dari BN (Azahar bin Ibrahim ) dan PAS (Cikgu Normala Sudirman ) agar dapat duduk diatas satu pentas bersama, untuk berwacana atau berdiskusi atau debat atau atas apa nama jua yang baik untuk dicadangkan, bagi menjelaskan isu-isu dan tajuk-tajuk yg dipersetujui bersama serta merangkumi diantaranya persoalan-persoalan telah telah diutara sebahagiannya diatas.
Ini bagi membolehkan pengundi di sini lebih mengetahui akan usaha-usaha dan hala tuju yang baik dengan lebih jelas serta berkesan kepada seluruh isu-isu yang ditenggelamkan dan disembunyikan sebagaimana yang telah dijelaskan tadi diatas satu pentas,
dimana,
KUBID akan menganjurkannya program tersebut di satu tempat yang akan dimaklumkan kelak setelah persetujuan dicapai untuk bersetuju berwacana/diskusi/debat/ forum atau diatas apa saja nama yang diberi oleh calon-calon yang bertanding. Surat - surat jemputan dan makluman hasrat akan diserahkan kepada –calon-calon PAS dan BN selewat-lewatnya pada petang ini.
Hasrat kami adalah mahu melihat amalan politik baru iaitu politik berpegetahuan, " knowledge political " subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara dimana dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus diantara calon yang bertanding sudah pasti akan memberikan maklumat dan penyelesaian mutlak demi kebaikan rakyat dan pengundi di DUN Tenang, dan bukan sekadar politik retorik.
Sekian Terima Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)